fbpx

‘Saya sedih, trauma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq ketika ditemui di rumah keluarga mertuanya di Pendang semalam.- GAMBAR: OTHMAN YAHAYA

PENDANG – Kemalangan ngeri yang meragut tiga nyawa terma­suk bayinya yang berusia 22 hari pada 6 Disember lalu memberi kesan mendalam buat pemain Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25.

Menurut Muhammad Syafiq, dia berasa sangat sedih dengan kejadian itu, namun kembali tenang dan tabah melalui ujian­ tersebut selepas mendapat sokongan keluarga, rakan serta peminatnya.

“Memang sedih dan trauma selepas kehilangan orang tersa­yang meninggalkan kesan mendalam buat saya, namun soko­ngan ahli keluarga membolehkan saya tabah menghadapinya.

“Saya juga perlu berfikiran positif untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada isteri, Nur Amalina Nurain, 25, yang masih sedih akibat kehilangan ibu dan anak bongsu kami,” katanya ketika­ ditemui di rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Pusing di sini semalam.

Nur Amalina mengalirkan air mata ketika menerima kunjungan pendakwah terkenal, Ebit Lew di rumah keluarganya di Pendang, Kedah pada Selasa lalu. Gambar kanan, Muhammad Syafiq.- GAMBAR FACEBOOK EBIT LEW

Muhammad Syafiq mem­be­ri­tahu, isterinya belum sembuh sepenuhnya dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

[VIDEO] Artikel berkaitan: Syafiq terlibat kemalangan, anak maut

Dalam pada itu, Muhammad Syafiq berkata, dia belum memikirkan mengenai kariernya sebagai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim dan kebangsaan kerana memerlukan lebih masa untuk berehat.

“Saya bersyukur kerana pihak pengurusan JDT memberi kebenaran untuk berehat.

Ebit Lew menziarahi Syafiq dan keluarganya di Pendang pada Selasa lalu. GAMBAR-FACEBOOK EBIT LEW

“Kelonggaran yang diberi itu membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kami, Aaira Nur Saffiya yang berusia dua tahun dan isteri untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 4 pagi, 6 Disember lalu itu, tiga mangsa terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dipercayai terbabas.

Kemalangan berlaku di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di Pulau Pinang.

Mangsa yang maut ialah ibu mertua Muhammad Syafiq iaitu Zainab Ahmad, 45, bayi lelaki­nya, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI