fbpx

Penjaga adik Zayn Rayyan belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik kepada Zayn Rayyan kini berada di bawah jagaan pihak JKM Selangor.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor belum memutuskan pihak yang layak bagi menjaga adik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, ia bergantung kepada perjalanan kes ibu bapa kanak-kanak tersebut di mahkamah nanti.

Katanya, kanak-kanak tersebut kini di bawah perintah jagaan sementara JKM.

“Kita tempatkan adik arwah Zayn Rayyan di rumah perlindungan sehingga tempoh yang telah ditetapkan mahkamah.

“Buat masa ini, kita masih melihat beberapa pilihan siapa yang layak dan sesuai untuk menjaga adik ini namun bergantung juga kepada keadaan kes itu (ibu bapa arwah Zayn Rayyan) nanti, sebab belum selesai. Kita belum putuskan lagi (penjaganya),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) JKM di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada ibu bapa kanak-kanak tersebut dibenarkan untuk melawat, beliau menjelaskan ia adalah bersyarat.

“Kita ada akses yang dibenarkan tetapi secara bersyarat,” ujarnya

Kosmo! pada 14 Jun lalu melaporkan JKM memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan terhadap adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemui meninggal dunia, tahun lalu.

Perintah jagaan itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI