fbpx

Islamofobia perlu ditangani secara tuntas, berkesan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meluangkan masa bertemu dan berwacana bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara di Seri Perdana semalam. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dan berwacana bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara seperti Azerbaijan, Bosnia, England dan Turkiye di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Menurut Anwar, pertemuan itu mengupas pelbagai perkara terkait permasalahan umat yang kian meruncing.

“Pandangan kami senada melihat keperluan untuk segera menanganj gejala Islamofobia secara tuntas dan berkesan dengan merangkul usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada xenofobia dan kejahilan di samping memperbetul kaedah pengajaran Islam.

“Usaha memupuk empati dan persefahaman antara agama dan budaya berbeza harus terus dimantapkan dan akan didukung kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pemikir Pusat Dasar Pascanormal dan Kajian Masa Hadapan (CPPFS), International Institute of IslamicThought (IIIT) dan ISTAC-I|UM atas kerja keras yang dilakukan dalam memastikan usaha bersama tidak sekadar berlegar dalam forum atau persidangan, tetapi turut mengambil langkah konkrit berdepan dengan sistem menerusi pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI