fbpx

Mereka saling kenal, tiada suspek lain kes bunuh Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi utama (primary scene) berlakunya pembunuhan Nur Farah Kartini, 25, selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.

“Kita percaya ia berlaku di sini (Kampung Sri Kledang) dan dilakukan suspek seorang.

“Daripada siasatan polis, kita tahu mereka kenal satu sama lain namun sejauh mana hubungan itu masih dalam siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, kita tak boleh lagi keputusan terlalu awal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan, penahanan lelaki berusia 26 tahun itu pada 15 Julai lalu telah membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian.

“Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti.

“Suspek kini direman tujuh hari, kita mungkin akan sambung dan selalunya secara tidak langsung dia akan ditahan kerja,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai, ditemui Isnin lalu dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

11 Julai lalu, mangsa berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas dikatakan menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim pada sehari sebelum. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI