fbpx

Kolaborasi Lefthanded, 100 pendikir gegar Kelantan 13 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASH( kiri) dan gitaris Lefthanded, Man Kidal bergambar bersama poster Konsert Ulang Tahun Ke-40 Lefthanded pada sidang akhbar di Kota Bharu hari ini

KOTA BHARU – Kumpulan rock legenda tanah air, Lefthanded akan berkolaborasi dengan 100 pendikir dalam Konsert Jelajah Seluruh Malaysia yang bakal diadakan di negeri ini pada 13 Februari depan.

Konsert menerusi Projek Gila yang diadakan selama kira-kira dua jam itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Vokalis Lefthanded, Datuk Nash berkata, sejarah bakal tercipta kerana ia akan menjadi sebuah konsert terbesar pertama membabitkan pendikir sekali gus memartabatkan seni dikir barat.

“Ini adalah julung kali kita berkolaborasi dengan pendikir di negeri ini.

“Pada konsert itu, nama-nama besar dari Kelantan seperti Cikgu Sulizi, Man Khan dan ramai lagi akan tampil menyanyikan lagu-lagu dikir seperti Wau Bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, konsert itu juga dianjurkan sempena menyambut ulang tahun ke-40 Lefthanded selain sebagai membuka tirai tahun 2021.

Katanya, selain Kota Bharu, Lefthanded akan menjelajah di 16 lokasi di seluruh negara menerusi konsert bertemakan judul salah satu album Lefthanded iaitu ‘Alam dan Pencipta’.

Sementara itu ,Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri, Ayman Mohd. Daham berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI) sudah mengeluarkan permit konsert itu bersama syarat tertentu.

Menurutnya, konsert itu turut mengasingkan penonton lelaki dan wanita kecuali mereka yang berkeluarga.

“Kita juga harap penonton dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan melakukan penjarakkan fizikal ketika konsert itu nanti,” katanya.

Tiket konsert tersebut akan mula dijual Januari depan menerusi online dan sebarang maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman web www.projekgila4u.com atau menghubungi wakil penganjur di talian 010-5086 2577. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI