fbpx

44 kes pokok tumbang akibat ribut di Perlis pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok tumbang menimpa sebuah rumah akibat ribut di Perlis pada pagi tadi.

KANGAR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri menerima 44 laporan kes pokok tumbang akibat ribut yang melanda negeri ini pada pagi tadi.

Menurut jurucakap APM negeri, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 21 daripada 35 kes di beberapa lokasi telah diambil tindakan.

“Kebanyakan laporan yang diterima melibatkan pokok tumbang di kawasan Kuala Perlis, Kangar dan Arau disebabkan angin kencang monsun barat daya yang bertiup dari arah laut.

“Terdapat juga kes pokok tumbang yang menghalang laluan trafik serta pokok yang menimpa premis dan kenderaan, namun tiada lagi laporan melibatkan kemalangan jiwa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hampir keseluruhan negeri ini dilanda ribut kira-kira pukul 8 pagi tadi dalam tempoh satu jam dengan laporan pokok tumbang pertama diterima pada pukul 8.24 pagi di Padang Malau dekat Padang Besar.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan pokok tumbang menimpa dua kedai makan di pusat bandar Kangar dan Sungai Bakong, selain sebuah rumah di Jejawi serta beberapa gerai tepi jalan mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI