fbpx

Lima pakej projek LTU di Gua Musang siap ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkembangan terkini projek LTU di kawasan Taman Wangi, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Lima pakej projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di daerah ini yang menelan belanja RM1.59 bilion akan siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan supaya dapat memberi kemudahan perhubungan kepada anak Kelantan yang bekerja di luar untuk pulang ke negeri ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terdapat lima projek LTU yang kini dalam pembinaan di daerah ini dan bakal siap pada tahun 2027.

“Projek terbabit melibatkan Seksyen 3D (Bulatan Gua Musang ke Mentara), Seksyen 3B dan 3C (KM 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang), Seksyen 2C (Bukit Sejuk ke Bandar Baru Gua Musang), Seksyen 2B (Paloh 2 ke Bukit Sejuk) dan Seksyen 2A (Jambatan Sungai Lakit ke Paloh 2).

“Mengikut perkembangan, terdapat projek yang lewat, mengikut jadual malah ada yang mendahului jadual. Justeru, kerajaan komited ia akan siap dalam jangka masa yang ditetapkan,” katanya selepas mendengar taklimat projek pembangunan di Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang di Bandar Baru di sini, hari ini.

Katanya, projek LTU itu bakal memendek perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur yang dianggarkan hanya memakan masa hanya lebih tiga jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI