fbpx

Faizal Salim bunuh kekasih mengandung 6 bulan terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL SALIM terlepas tali gantung digantikan dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan selepas Mahkamah Persekutuan bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung terhadapnya atas kesalahan membunuh kekasihnya pada tahun 2015. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang bekas anggota polis berpangkat Koperal terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang mengandung, sembilan tahun lalu.

Hukuman mati terhadap Muhammad Faizal Salim, 47, ditukar kepada penjara 40 tahun beserta 12 sebatan bermula tarikh tangkapan.

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Faizal didakwa membunuh Norzielawati Akmar Afandi, 35, di taman rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik di Mersing, Johor antara pukul 11 malam 12 April 2015 dan 12.30 pagi 12 April 2015.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian Norzielawati ialah hentakan kuat dengan benda tumpul pada kepala dan si mati juga mempunyai 47 kecederaan lain di badan seperti kesan lebam dan luka.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi membantah semakan permohonan pemohon dengan alasan kematian mangsa adalah tragis.

“Bayi dalam kandungan juga sudah berusia 6 bulan, sekaligus menyaksikan pemohon telah membunuh dua nyawa. Mangsa juga telah merayu agar tidak dipukul namun tidak diendahkan pemohon,” katanya.

Sementara itu, peguam, Iskandar Shah Ibrahim dalam rayuannya pula berkata, ini bukan satu kekejaman yang ekstrem dan pemohon juga berniat untuk menghantar mangsa bagi mendapatkan rawatan.

Barisan panel tiga hakim kemudian bersetuju menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap pemohon sebelum ini kepada penjara dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI