fbpx

Sedia beri kerjasama prosiding LTAT jika diundang – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED menyampaikan bantuan jiwa murni kepada Jemah Musa sempena Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni KEMENTAH 2024 Peringkat Negeri Johor di Kampung Bukit, Sedili Besar, Kota Tinggi hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KOTA TINGGI – Menteri Pertahanan memaklumkan masih belum menerima undangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung prosiding Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) namun sedia memberi kerjasama dalam perkara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya dipanggil untuk hadir ke prosiding LTAT yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.

“Kalau saya ada terima undangan Insya-Allah saya akan hadir, setakat ini saya tidak terima apa-apa. Saya tiada masalah (untuk hadir ke prosiding),” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan (PJM KEMENTAH) peringkat negeri Johor di Kampung Bukit Sedili Besar di sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, setakat ini perkembangan LTAT berjalan dengan baik dan sedang membuat keuntungan.

Terdahulu kelmarin, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata, akan memanggil Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke prosiding LTAT yang seterusnya pada Ogos depan.

Mas Ermieyati juga dilapor berkata, Mohamed Khaled akan menyertai tiga bekas ahli pengurusan tertinggi LTAT sebagai saksi pada prosiding itu nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI