fbpx

[VIDEO] Suspek bunuh Nur Farah Kartini sekali lagi dibawa cari bahan bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi anggota polis di sebuah parit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Suspek lelaki yang disyaki terbabit kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dibawa sekali lagi ke lokasi kejadian.

Keberadaan lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai bagi membantu mengesan barang bukti yang berada di sebuah parit Kampung Sri Kledang, di sini, hari ini.

Pada pukul 11.40 pagi, suspek yang berpakaian baju lokap berwarna oren lengkap bergari dikawal ketat beberapa anggota polis ke lokasi pencarian.

Kira-kira lima minit kemudian, suspek dibawa semula ke kenderaan polis jenis Proton Preve dan operasi mencari bahan bukti diteruskan.

Semalam, Kosmo! suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan polis pukul 2.30 petang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

11 Julai lalu, mangsa berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas dikatakan menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim pada sehari sebelum.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI