fbpx

Ribut di timur Afghanistan ragut 47 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan lumpur akibat banjir kilat selepas hujan lebat di sebuah kampung di daerah Dara, wilayah Panjshir kelmarin. - AFP 

KABUL – Angka kematian akibat hujan lebat di timur Afghanistan meningkat kepada 47 orang semalam, manakala mangsa-mangsa menceritakan bagaimana ribut merobohkan seluruh rumah dan menimbus keluarga hidup-hidup.

Kira-kira 350 orang cedera dan 400 rumah musnah ketika hujan dan hujan batu melanda timur Nangarhar pada petang kelmarin, demikian menurut pihak berkuasa pengurusan bencana wilayah.

Charbagh Safa, sebuah perkampungan di luar ibu kota wilayah Jalalabad, musnah menjelang subuh semalam.

Menurut seorang penduduk, Sajidullah, rumahnya dipenuhi dengan saudara-mara yang datang untuk bertemu anak saudaranya yang baru dilahirkan apabila banjir meruntuhkan kediaman itu.

Ia meragut nyawa saudara lelakinya yang baru bergelar bapa itu bersama 10 yang lain.

Pihak berkuasa Taliban berkata, ia mempengerusikan mesyuarat tergempar untuk mengumpulkan agensi bantuan tempatan dan asing bagi memberikan bantuan yang diperlukan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI