fbpx

Hujan lebat landa Perlis, Kedah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi kecuali beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kebanyakan kawasan di Perlis, diikuti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena, Kedah sehingga 12 tengah hari ini.

“Cuaca buruk turut diramalkan di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta Sabak Bernam di Selangor,” ujarnya.

Selain itu, bagi cuaca sebelah petang, Metmalaysia menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cuaca buruk tersebut dijangka tertumpu di beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan serta keadaan berangin pula dijangka di Kudat,” katanya.

Sementara itu di Sarawak pula hujan lebat diramalkan di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Dalam pada itu, cuaca hujan pada sebelah malam pula, dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Terengganu, diikuti Pedalaman, Tawau dan Sandakan di Sabah, serta Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI