KARYA digunakan tanpa meminta kebenaran, komposer dan penyanyi, Ahmad Dhani tampil menegur sikap band Kotak secara terbuka dalam Instagramnya.
Pengasas Dewa 19 itu memuat naik paparan tangkapan layar bersumberkan hantaran dalam Instagram Story band Kotak
Dalam perkongsian tersebut, ditampilkan daftar lagu yang dibawakan Kotak saat tampil mengadakan sebuah persembahan di Cianjur, Jawa Barat, pada 13 Julai lalu.
Menerusi senarai tersebut, Ahmad Dhani menandakan tiga lagu yang dibawakan Kotak tanpa izinnya selaku komposer iaitu Tinggalkan Saja, Masih Cinta, dan Pelan-Pelan Saja
Melalui kapsyen ditulis, Ahmad Dhani menjelaskan bahawa membawakan lagu ciptaan orang lain tanpa kebenaran merupakan tindakan tiada etika dan melanggar hukum hak cipta.
Begitupun, band yang dibarisi anggota Tantri, Chua dan Cella belum memberi sebarang respons bagi menjawab teguran ‘otai’ dalam arena muzik Indonesia itu.