fbpx

Anak ada minta maaf sebelum ditahan – Bapa suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 16 Julai lalu. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

JASIN – Bapa suspek yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah memaklumkan anaknya ada menghubunginya untuk meminta maaf sebelum ditahan polis kelmarin.

Menurut petani berusia 64 tahun itu, anaknya yang bertugas sebagai anggota polis di Perak dan sudah berkahwin sempat pulang ke rumah mentuanya di Kampung Pulau Melaka pada Rabu lalu untuk berjumpa dengan isteri serta anaknya berusia lapan bulan.

Katanya, anaknya singgah untuk berjumpa dengannya pada pukul 11 pagi keesokan harinya sebelum bergegas pulang ke pejabat setengah jam kemudian selepas mendapat panggilan memintanya berada di Perak sebelum pukul 3 petang.

“Ketika itu dia kelihatan monyok, tetapi tidak bercerita apa-apa. Sebelum ditahan, dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, mungkin kerana hal itu akan menyusahkan atau memberi kesan kepada keluarga.

“Saya tidak tahu secara terperinci mengenai hubungan anak dengan mangsa. Sampai sekarang saya tidak dimaklumkan bahawa anak sudah ditangkap,” katanya ketika ditemui di Sungai Rambai di sini semalam.

Menurut warga emas itu, menantunya ada memaklumkan dia dan suaminya diugut oleh mangsa dan telah membuat laporan mengenainya dengan membawa beberapa bukti berkaitan.

Tambahnya, dia hanya mengetahui anaknya memberi peluang kepada mangsa untuk mencari pendapatan lebih dengan menguruskan perniagaan kereta sewa miliknya.

“Kunci kereta juga diberikan kepadanya. Saya menerima apa jua hukuman yang dikenakan jika dia didapati bersalah,” katanya.

Ujar lelaki itu, dia menyerahkan kepada takdir dengan apa yang berlaku, namun baginya, anak kelapan daripada 10 beradik itu tetap seorang abang serta adik yang baik.

“Pada 6 Julai lalu, anak ada menghantar beberapa keping gambar dia mengikuti kursus mengendalikan jenazah. Dia menawarkan diri untuk dikafankan. Dia minta disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya jika dia meninggal dunia,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan mayat bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris berusia 25 tahun itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI