fbpx

Bukan kenduri kahwin, lelaki baru bercerai dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis tersebut diadakan secara meriah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis sambutan diadakan bagi meraikan seorang lelaki yang baru bercerai, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, acara tersebut dilihat berlangsung meriah dan turut dilengkapi dengan pentas.

Turut disediakan adalah khemah untuk tetamu menikmati makanan, yang kelihatan menyerupai majlis perkahwinan.

Sekumpulan wanita dilihat sedang leka menyanyi dan menari di atas pentas.

Menurut wanita yang memuat naik video tersebut, Verda Septiana, majlis itu berlangsung di Pringsewu, wilayah Lampung pada Ahad lalu.

“Saya tidak pasti mengapa dia mahu mengadakan majlis seperti itu. Berkahwin (dahulu) mewah, bercerai juga mewah,” katanya yang merupakan rakan lelaki yang bercerai tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Seumur hidup baru pertama kali melihat orang bercerai mengadakan majlis,” kata seorang netizen.

“Mungkin dia lebih bahagia kerana bebas daripada insan yang membuat dia tidak bahagia ketika berumah tangga,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI