fbpx

Wanita menyanyi, selawat dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan wanita itu berdiri di laluan tengah sehingga mengganggu penumpang lain. - TikTok @evan293033

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita yang menyanyi dan berselawat dengan kuat semasa menaiki kereta api mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @evan293033, kumpulan wanita itu dilihat mengenakan baju yang sama berwarna hitam dan tudung berwarna perang. 

Mereka dilihat menyanyikan sebuah lagu bertajuk ‘Keagungan Tuhan’ bersama-sama. 

Mereka turut berdiri di laluan tengah sambil berselawat, sehingga mengganggu penumpang lain yang ingin ke tandas atau ruang lain. 

Kejadian berlaku di dalam gerabak kereta api Ekonomi 6 KA Sri Tanjung pada Jumaat lalu. 

Menurut pihak berkuasa kereta api Indonesia (PERSERO), petugasnya dan pegawai polis telah dikerah untuk menyelesaikan isu tersebut. 

“Kami segera memanggil ahli rombongan dan meminta untuk tidak melakukan kekecohan di dalam kereta api,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI