fbpx

Pesakit buah pinggang cari duit ternak tilapia, keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azha menggagahkan diri memantau ikan tilapia dan keli ternakannya di Kampung Bukit Mok Mek, Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini

HULU TERENGGANU – Biarpun menderita penyakit buah pinggang tahap lima, bapa tiga anak terus berjuang menyara keluarga dengan menternak ikan tilapia dan keli di dalam tangki depan rumahnya di Kampung Bukit Mok Mek, Ajil di sini.

Azha Ismail, 48, berkata, dia tidak dapat meneruskan kerjaya asalnya sebagai juru dawai elektrik setelah disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga pada awal tahun lalu.

Menurutnya, lehernya ditebuk bagi membolehkan dia menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu iaitu Ahad, Selasa dan Khamis di Hospital Hulu Terengganu di sini.

“Sejak itu, saya tidak mampu bekerja lagi sebagai jurudawai elektrik dan berikhtiar dengan membela ikan talapia dan keli di dalam tangki depan rumah.

“Begitupun keadaan kesihatan buah pinggang saya semakin merosot ke tahap lima pada bulan April lalu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Azha berkata, tahap kesihatannya semakin memburuk apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat sesak nafas pada Hari Raya Aidiladha bulan lalu dan dirawat selama dua minggu.

“Ikutkan kudrat saya sudah berkurangan. Begitupun saya terpaksa gagahkan diri apabila mengenangkan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak bongsu berusia sembilan tahun,” katanya.

Azha berkata, sebolehnya dia sebagai ketua keluarga tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan isterinya, Wan Noraida Wan Abdullah, 43, yang bekerja sebagai kerani.

Tambahnya, mereka sekeluarga kini terpaksa berjimat cermat dan bersiap sedia sekiranya tahap kesihatannya semakin kronik pada masa depan.

“Pada waktu ini, selain perlu mengambil lima jenis ubat sehari, pengambilan makanan berkuah harian juga kena dihadkan pada 500 mililiter (ml) selain tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari terik,” ujarnya.

Orang ramai yang bersimpati boleh! menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Wan Noraida bernombor 163037255865 atau menghubunginya di talian 019 9635332.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI