fbpx

EPL: Ten Hag anggap United masih jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan kekalahan pada aksi pertama pramusim selepas tunduk menentang Rosenberg awal pagi semalam. - AFP

TRONDHEIM, Norway – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengkritik aksi hambar yang dipamerkan pasukan itu ketika tewas 0-1 berdepan Rosenberg pada aksi pertama pramusim mereka di Stadium Lerkedal awal pagi semalam.

Rosenberg yang menamatkan saingan Liga Norway musim lalu di kedudukan ke-11 daripada 16 pasukan meraih gol kemenangan menerusi Noah Emmanuel Jean Holm pada minit ke-93 dan berjaya melakukan empat percubaan yang mengenai palang gol United.

Pada perlawanan itu, Ten Hag hanya menyenaraikan lima pemain senior United dalam skuad itu melibatkan Jonny Evans, Aaron Wan-Bissaka, Mason Mount, Casemiro dan Marcus Rashford sebelum mereka dikeluarkan pada babak kedua dengan melakukan 10 pertukaran.

“Keputusan bukanlah perkara yang boleh diketepikan walaupun aksi pramusim. Walaupun ia pemanas badan, standard di Manchester United adalah anda perlu memenangi perlawanan.

“Jadi, jika anda tidak mampu menang, anda juga perlu elak daripada mengalami kekalahan. Sudah pasti prestasi adalah perkara yang penting dan kali ini aksi kami berada di bawah standard.

“Kita boleh bercakap mengenai semua perkara tidak baik untuk pasukan ini, tetapi saya bukanlah seperti ia. Saya melihat aksi ini dan percaya kami tidak mencapai tahap bola sepak terbaik dengan aksi sebegini.

“Bola sepak peringkat tertinggi bermula dengan individu dan pemain mestilah cergas. Saya tahu kami masih belum mendapat tahap kecergasan terbaik dan kami perlukan perlawanan seperti ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI