fbpx

Wanita ditinggal suami tetak jiran hampir putus telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) ketika disoal siasat anggota di Balai Polis Ponggok kelmarin. – SUARA.COM

JAKARTA – Seorang wanita yang dipercayai ditinggalkan suami bertindak menetak jirannya hingga mengakibatkan telinga mangsa hampir putus dalam satu kejadian di Desa Candirejo, Kecamatan Ponggok, Kabupaten Blitar, Jawa Timur kelmarin, lapor laman berita Suara.com.

Ketua Polis Ponggok, Asisten Komisioner Sonny Suhartanto berkata, kejadian berlaku ketika mangsa duduk di kawasan luar rumahnya sebelum wanita itu menghampirinya dengan membawa sebilah parang.

“Secara tiba-tiba, suspek menghayunkan parang tersebut ke arah mangsa lalu terkena telinga yang menyebabkan ia hampir putus.

“Susulan kejadian itu, mangsa terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Wates, Kabupaten Kediri dan difahamkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Selain itu, Sonny berkata, suspek didapati masih memegang parang ketika polis tiba di lokasi sejurus mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut.

“Suspek telah dibawa ke balai polis susulan kejadian tersebut dan hasil siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah tekanan perasaan selepas ditingglkan suaminya yang berkahwin lain.

“Wanita tersebut dipercayai ditinggalkan suami ketika lelaki itu bekerja sebagai pekerja imigran dan sejak peristiwa berkenaan, tingkah laku suspek dikatakan mula berubah,” katanya.

Sementara itu, polis turut merampas sebilah parang tumpul yang digunakan suspek dalam cubaan menetak kepala mangsa.

Tambah Sonny, suspek dipercayai sentiasa membawa sebilah parang bersamanya ke mana sahaja dia pergi.

Sonny berkata, polis mengalami kesukaran untuk menjalankan siasatan berikutan suspek sering mengubah kenyataannya.

“Pihak polis akan bekerjasama dengan pakar psikiatrik untuk memeriksa keadaan gangguan jiwa wanita itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI