fbpx

Kamera berfungsi seperti mata manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMERA AMI-EV mampu berfungsi seperti pergerakan mata manusia.

SEBUAH pasukan yang diketuai oleh saintis komputer di Universiti Maryland, Amerika Syarikat telah mencipta mekanisme kamera bagi meningkatkan cara robot melihat dan bertindak balas terhadap dunia di sekeliling.

Diilhamkan oleh cara mata manusia berfungsi, sistem kamera inovatif meniru pergerakan kecil sukarela yang digunakan oleh mata untuk mengekalkan penglihatan jelas dan stabil dari semasa ke semasa.

Menurut ahli komputer sains di Universiti Maryland, Botao He, prototaip dan ujian kamera yang dipanggil Artificial Microsaccade-Enhanced Event Camera (AMI-EV) itu diperincikan dalam kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Science Robotics pada Mei lalu.

“Kamera ini adalah teknologi baharu dan lebih baik dalam menjejak objek bergerak berbanding kamera tradisional yang masih sukar menangkap imej tajam serta bebas kabur apabila terdapat banyak gerakan.

“Ia adalah masalah besar kerana robot dan teknologi lain seperti kereta pandu sendiri bergantung pada imej yang jelas untuk bertindak balas dengan betul kepada persekitaran berubah,” katanya.

Tambahnya, kamera AMI-EV berfungsi seperti pergerakan mata yang minimum dan pantas serta berlaku secara tidak sengaja apabila seseorang cuba memfokuskan pandangan mereka.

Melalui pergerakan yang berterusan ini, mata manusia boleh terus fokus pada objek dan tekstur visualnya seperti warna, kedalaman dan bayang-bayang dengan tepat dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI