fbpx

Pesan burger ayam, dapat burger timun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga burger yang dipesan melalui aplikasi hanya mengandungi sekeping timun dan sedikit sos

PETALING JAYA – Seorang wanita bengang apabila menerima tiga burger berisi sepotong timun dan mayonis dari sebuah restoran makanan segera.

Menurut perkongsian wanita itu di Facebook, dia memesan tiga burger keju yang sepatutnya mengandungi sekeping patti daging ayam di dalam setiap burger tersebut.

Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati burger yang diterima hanya mengandungi timun dan sedikit mayonis serta sos keju.

“Saya pesan tiga ‘cheesy burger’ untuk anak makan tapi yang sampai burger timun.

“Pekerja mana yang sediakan? Gurauan apakah ini? Permainan apakah ini? Walaupun saya dah ‘request refund’ dekat Shopee tapi tetap tak berpuas hati. Order sebab nak makan bukan sebab nak duit balik,” katanya.

Katanya, pesanan itu dibuat di salah satu cawangan restoran makanan segera berkenaan di Larkin, Johor.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mempersoalkan kesilapan yang dibuat oleh pekerja restoran berkenaan.

“Dia ingat burger Malaysia agaknya, letak timun dan sambal,” seloroh Azim.

“Kalau saya kena begini, saya dah pergi balik ke kedai bawa semuanya dan tunjuk dekat ‘manager’ dan selesaikan semua di sana,” kata Wanie.

“Pekerjanya lupa kot, atau mula-mula mungkin orang lain buat lepas itu orang lain ambil alih itu yang jadi begitu. Sekadar andaian aku,” kata Amanda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI