fbpx

Terima kasih Pan-gon, reputasi luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN ke atas Taiwan pada Jun lalu merupakan aksi terakhir Pan-gon bersama Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR – Kejayaan melonjakkan Harimau Malaya naik 19 anak tangga daripada No. 154 dunia ke kedudukan 135 dunia boleh dianggap satu pencapaian luar biasa telah dilakar Kim Pan-gon buat skuad bola sepak kebangsaan.

Statisik yang dicatat Pan-gon sangat mengagumkan kerana jurulatih berusia 55 tahun dari Korea Selatan itu berjaya merekodkan 20 kemenangan, lima seri dan 10 kekalahan daripada keseluruhan 35 perlawanan sejak aksi pertamanya bersama Harimau Malaya pada 23 Mac 2022.

Ketika itu, Pan-gon turun dengan taktikal 4-3-3 bertahan untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Filipina menerusi dua gol Akhyar Rashid dalam kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 di Stadium Nasional, Singapura yang merupakan aksi persahabatan berstatus Tier 1.

Menariknya, Pan-gon hanya mengambil masa kira-kira lima bulan sejak dilantik pada 21 Januari 2022 untuk memastikan Harimau Malaya layak sejak merit ke pusingan akhir Piala Asia 2022.

Antara kemenangan paling dramatik beliau bersama Harimau Malaya tentunya kebangkitan daripada ketinggalan 1-3 untuk mengatasi pasukan ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

Selain itu, kejayaan mengikat salah satu gergasi dunia, Korea Selatan 3-3 sewaktu aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2022 di Qatar pada 25 Januari lalu turut menjadi pencapaian luar biasa Pan-gon bersama Harimau Malaya.

Sentuhan magis bekas pengendali Hong Kong ke atas beberapa pasukan dalam kelompok 100 dunia termasuk bangkit mengikat pasukan di tangga 92 dunia, Syria 2-2 dan seri 1-1 dengan China (No. 79 dunia) di gelanggang lawan antara faktor penting dalam peningkatan ranking dunia Harimau Malaya.

Sepanjang 35 perlawanannya, Pan-gon berjaya memastikan Harimau Malaya berjaya menghasilkan 79 jaringan dan bolos 47 kali dengan kemenangan 3-1 ke atas Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di SNBJ pada 11 Jun lalu menjadi penampilan terakhirnya bersama Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI