fbpx

Pengusaha premis barangan lusuh cuba rasuah polis RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha premis barangan lusuh warga Myanmar (kiri) direman enam hari bagi membantu siasatan cuba merasuah pegawai polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang pengusaha premis barangan lusuh warga asing cuba merasuah seorang pegawai polis membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun tersebut ditahan anggota penguat kuasa SPRM pada pukul 3.50 pagi.

Sumber berkata, suspek didakwa cuba memberi wang suapan RM250 kepada seorang pegawai polis berpangkat inspektor.

“Pemeriksaan mendapati premis barangan lusuh diusahakannya tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Dia kemudiannya dikatakan menghulurkan wang tunai RM250 kepada pegawai polis berpangkat inspektor berkenaan sebagai dorongan untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek telah ditahan reman selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, perintah reman dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI