PETALING JAYA – ‘Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia’.
Demikian ciap mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Thread minggu lalu sebelum ditemukan maut di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang semalam.
Hantaran di Thread itu dibuat Nur Farah Kartini dua hari sebelum dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan hantaran dibuat mangsa.
Meninjau komen di hantaran berkenaan, orang ramai turut berduka cita dengan nasib malang menimpa mangsa setelah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu. – KOSMO ONLINE