fbpx

Selepas Zayn Rayyan, pembunuhan Nur Farah Kartini buat rakyat ‘membuak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan dan Nur Farah Kartini.

PETALING JAYA – Kemarahan rakyat terhadap pembunuhan kejam kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin belum pun reda, kini ditambah pula dengan kes tragis yang menimpa Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Tinjauan Kosmo! di media sosial hari ini mendapati rata-rata pengguna marah ‘membuak-buak’ dengan pembunuh Nur Farah yang disifatkan terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Sedihnya… dah la cantik, bijak, anak kesayangan keluarga. Tak terbayang macam mana keluarga dia nak terima ujian hebat ni,” tulis hantaran Zurianty Sudin.

“Kenapa kejam sangat bunuh anak orang? Bukan sahaja hilang permata ibu ayahnya, bahkan hilang sebutir permata untuk negara yang berjuang dalam bidang pendidikan,” luah seorang lagi pengguna.

“Susah payah ibu bapa besarkannya sampai jejak kaki ke menara gading, merantau jauh sebab kejar cita-cita jadi pendidik, tapi senang-senang ja kau bunuh anak orang. Mungkin memang ajal, tapi pelakunya memang kejam,” kata Dayang Nurhapila Awang Ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Hari ini, seorang lelaki dipercayai teman lelaki Nur Farah yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI