fbpx

Lelaki Thailand tidak mengaku salah seleweng diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Witthaya (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan menyeleweng 322 liter diesel, minggu lalu. -Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Seorang pemandu lori warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeleweng 322 liter diesel, minggu lalu.

Tertuduh, Witthaya Choochien, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki barang kawalan iaitu 322 liter diesel tanpa lesen di dalam tangki tambahan sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada pukul 6.05 pagi, 11 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Siti Nurdinasafira Mohd. Sakri memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Wei Yong yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum memandangkan anak guamnya perlu menyara seorang isteri dan dua anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai. Tertuduh membayar jaminan tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI