fbpx

Pasukan GTF 2024 kesal, padam klip video singgung perasaan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video GTF 2024 didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

GEORGE TOWN – Pasukan George Town Festival 2024 sudah memadamkan semua video klip berkaitan sambutan George Town Festival 2024 (GTF 2024) susulan timbul dakwaan hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Jurucakap GTF 2024 berkata, video berkenaan telah diturunkan di halaman media sosial, laman sesawang dan juga saluran YouTube George Town Festival bagi mengurangkan salah faham yang timbul.

“Pasukan George Town Festival 2024 berasa kesal sekiranya video teaser promosi yang dengan tidak sengajanya telah menyinggung perasaan sesetengah individu dan kumpulan.

Tangkap layar klip video GTF 2024 didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

“Demi mengurangkan salah faham, pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran yang berkaitan dengan video tersebut di halaman media sosial, laman sesawang dan juga saluran YouTube George Town Festival,” katanya di sini hari ini.

Video klip promosi festival berkenaan bertemakan Here and Now itu tersebar luas dalam media sosial dan festival itu akan disambut pada 19 Julai ini.

Video berkenaan didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India dan menimbulkan perasaan kurang senang dan ditegur Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang serta Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (Gabungan).

Mengulas lanjut, jurucakap George Town Festival 2024 berkata, pihaknya sedaya upaya memastikan perwakilan yang inklusif, komprehensif dan seimbang, termasuk dari segi kategori program, kumpulan jantina, umur dan perwakilan etnik dalam semua program George Town Festival.

Sementara itu, penganjur festival, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memelihara dan mengangkat nilai keharmonian dan kewujudan bersama antara semua warisan kebudayaan di negeri Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI