fbpx

Johor intai 60 kilauan emas Sukma Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDAK (empat dari kanan ) bergambar dengan pengurus dan jurulatih pasukan Sukma Johor di dalam Majlis Amanat Ketua Kontinjen di Fraser Hotel, Puteri Habour , Iskandar Puteri. - Foto BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2022, kontinjen Johor menyasarkan kedudukan kelompok tiga terbaik dengan sasaran 60 kilauan emas pada Sukma ke-21 di Sarawak pada bulan depan.

Chef de mission (CDM), Datuk Pandak Ahmad berkata, kontinjen Johor akan mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan kecuali squasy.

“Sebagai juara keseluruhan edisi Sukma yang lalu, kita berdepan cabaran besar untuk pertahankan gelaran itu lebih-lebih lagi sukan kanu yang menjadi lubuk emas tidak dipertandingkan kali ini.

“Sudah pasti tuan rumah mempunyai strategi tersendiri untuk memanfaat peluang sebagai hos Sukma ke-21 selain berdepan saingan sengit daripada kontinjen Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pada edisi Sukma ke-20 di Kuala Lumpur, Johor muncul juara keseluruhan apabila berjaya mengutip 77 pingat emas, 23 daripadanya adalah dari acara Kanu.

Pandak berkata, acara olahraga, memanah, silat dan tinju menjadi sasaran lubuk emas buat kontinjen Johor bagi memastikan sasaran 60 pingat emas mampu dicapai.

Seramai 599 atlet menjadi taruhan untuk Sukma ke-21 dan dijangka akan terlepas ke Sarawak pada 16 Ogos, pasukan bola sepak akan ‘terbang’ lebih awal pada 11 Ogos.

Perkampungan bagi kontinjen Johor terletak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching dengan 12 acara dipertandingkan di Miri, Mukah, Betong dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI