fbpx

[VIDEO] Pembaca berita RTM sebak baca kes kematian rakan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas (kiri) ketika membaca laporan berita kematian Nur Farah Kartini malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) meluahkan rasa sebak apabila ditugaskan untuk membaca laporan mengenai kematian mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang merupakan sahabatnya.

Pembaca berita tersebut Anas Muhammad Farihin, 25, melalui sebuah hantaran di TikTok berkata, itu merupakan kali pertama tahap profesionalnya tercabar ketika menyampaikan berita.

“Waktu ini emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan.

“Faa (Nur Farah Kartini) ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjayanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan.

“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa rakan mangsa turut berkongsi perasaan sedih selain berharap pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

Terdahulu, Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi ♬ original sound – AnasFarihin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI