PETALING JAYA – Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya memutuskan untuk mengembalikan Jalan Sultan Ismail iaitu dari Persimpangan Jalan Raja Chulan ke Persimpangan Jalan Bukit Bintang kepada jalan sehala mulai 22 Julai pukul 12.01 tengah malam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, langkah itu mengambil kira kajian dan aduan semasa pelaksanaan uji cuba yang dijalankan bermula pada 1 Mei sehingga kini yang melibatkan Jalan Sultan Ismail.
“Dengan mengembalikan Jalan Sultan Ismail kepada aliran asal (sehala), adalah diharap aliran lalu lintas akan kembali stabil khususnya di kawasan sekitar,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, perubahan laluan berkenaan dibuat ekoran jalan yang disediakan sejak 18 tahun lalu dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.- KOSMO! ONLINE