fbpx

RM400,000 naik taraf rumah jagaan anak yatim daif di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALBIAH (duduk, tengah) pada Program Semarak Kasih sempena Muharam Hari Anak Yatim 2024 di Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Kampung Pintu Padang, Gopeng, Kampar semalam.

KAMPAR – Perak menerusi belanjawan negeri menperuntukkan RM400,000 untuk menaik taraf infrastuktur rumah anak yatim di negeri ini sebagai mekanisme untuk mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa seperti insan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan Operasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kebajikan anak yatim yang ditempatkan di rumah jagaan akan terus menjadi fokus kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan golongan itu terus terbela.

“Selain turun padang melihat sendiri keperluan mereka, kita juga meluluskan permohonan yang dibuat terutama berkaitan pembangunan infrastruktur.

“Menerusi belanjawan negeri setiap tahun kita menyalurkan RM400,000 bagi menarik taraf infrastuktur rumah anak yatim yang daif di seluruh negeri,” katanya kepada media sempena Program Semarak Kasih Muharam Hari Anak Yatim 2024 di Pertubuhan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Kampung Pintu Padang, Gopeng di sini, semalam.

Dahikmah merupakan antara rumah kebajikan yang menyertai Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) yang memayungi lebih 300,000 anak yatim di 72 instisusi itu di seluruh negara.

Dalam pada itu, Presiden Peyatim, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, sememangnya terdapat peningkatan yang signifikan anak yatim yang memasuki rumah jagaan itu terutamanya selepas pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Antara faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut adalah disebabkan kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya serta akibat wabak Covid-19,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI