KUALA LUMPUR – Salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes mendiang Rajeswary Appahu, 30, atau Esha melalui aplikasi TikTok tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.
Lelaki berusia 44 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 10 pagi diiringi anggota polis.
Difahamkan individu itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen.
Sementara itu, seorang lagi individu wanita berusia 35 tahun yang juga tertuduh dalam kes itu juga telah tiba di mahkamah dan dituduh di Mahkamah Majistret.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang wanita dan lelaki dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap Esha.
Tertuduh wanita tersebut ditahan di Rawang, manakala tertuduh lelaki ditahan di Setapak. – KOSMO! ONLINE