fbpx

Kempen myPTPTN tawar hadiah keseluruhan RM120,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat.

PETALING JAYA – Pemimjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM120,000 menerusi Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat.

Kempen dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) itu bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui saluran tanpa tunai.

Sekaligus, ia mendidik pemimjam mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai yang lebih cepat, mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

Selain itu katanya, pengguna myPTPTN yang baharu mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.

“Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM120,000 untuk 120 orang pemenang.

“Setiap pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tempoh kempen adalah selama tiga bulan mulai 1 Julai lalu sehingga 30 September depan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Dasuki berkata, kempen itu juga adalah untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kesinambungan pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi akan datang.

“Selain itu, melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akanmenerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka
membayar balik pinjaman.

“PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi myPTPTN,”ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI