fbpx

‘Saya ambil masa 2 saat untuk reda menang tempat kelima’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Muhammad reda dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima The Hardest Singing Show.

KUALA LUMPUR – “Ketika diumumkan berada di tempat kelima, saya ambil masa dua saat untuk hadam dan reda dengan keputusan tersebut.”

Demikian respons penyanyi, Putera Muhammad apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima pada konsert akhir The Hardest Singing Show (THSS) yang berlangsung di sini, malam tadi.

Putera atau Putera Muhammad Shamsull Kamar, 31, yang mengakui meletakkan harapan untuk menjuarai pertandingan tersebut berkata, dia mengambil masa untuk menerima keputusan itu.

“Secara peribadi saya yakin sesiapa sahaja yang masuk ke peringkat akhir pasti mengimpikan kemenangan.

“Ketika nama diumumkan sebagai berada di kedudukan kelima saya ambil masa dalam dua saat untuk berfikir dan reda dengan keputusan tersebut.

“Bukan tak bersetuju dengan keputusan juri sebab saya sendiri pun tak sempat nak lihat persembahan peserta lain, jadi saya tidak tahu bagaimana kehebatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, dia memohon maaf sekiranya keputusan tersebut mengecewakan para peminat yang telah memberi sokongan sejak 10 minggu lalu.

“Alhamdulillah semua komen yang diterima tidak ada yang negatif.

“Saya hanya mengharapkan yang terbaik tetapi apabila keputusan seperti itu saya reda kerana semuanya bergantung kepada rezeki, kita tidak boleh nak buat apa.

“Terima kasih kepada semua yang meletakkan harapan untuk melihat saya mendapat kedudukan yang tinggi tetapi minta maaf sekiranya ada yang kecewa dengan keputusan tersebut,” ujarnya.

Sejak semalam, keputusan final THSS mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk tidak berpuas hati dengan kedudukan tempat kelima yang menjadi milik Putera.

Rata-rata netizen dalam media sosial berpendapat Putera selayaknya mendapat kedudukan yang lebih tinggi.

Semalam, penyanyi, Aepul Roza diumumkan sebagai juara sulung THSS yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 bersama pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.

Naib juara pula menjadi milik Ayda Jebat, tempat ketiga Stacy manakala tempat keempat dimenangi oleh Aisha Retno. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI