fbpx

‘Nama saya Bro Tido, bukan lagi Ustaz Tido’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Tido yang kini dikenali sebagai Bro Tido mengaku tidak mempunyai tauliah untuk mengajarkan al-Quran.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh dikenali sebagai Ustaz Tido mengaku tidak mempunyai tauliah daripada mana-mana jabatan agama untuk mengajarkan al-Quran kepada masyarakat.

Menerusi hantaran pada TikTok, lelaki tersebut mengakui hanya berlatar belakang lepasan sekolah agama, malah dia turut bertindak menukar nama panggilannya daripada Ustaz Tido kepada Bro Tido.

“Baiklah saya mengaku tidak ada tauliah, hanya belajar sekolah agama biasa. Saya tak layak digelar ustaz sebab saya tak ada tauliah dan tak mengaji agama tinggi sehingga menara gading.

“Insya-Allah saya usahakan dapatkan tauliah mengajar al-Quran. Jadi saya tukar nama panggilan saya daripada Ustaz Tido kepada Bro Tido,” katanya.

Dalam pada itu, dia memaklumkan akan tetap mengajar al-Quran dan berdakwah untuk pengikut-pengikutnya.

Selain itu, dia juga menjelaskan maksud Tido ialah T (taklim), I (iman), D (dakwah) dan O (orang).

Terdahulu, Ustaz Tido atau Bro Tido dikecam gara-gara meminta seorang wanita membuka kamera dalam satu sesi ‘live’ di TikTok untuk mengajar bacaan al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI