fbpx

Suami gam pasport elak isteri tahu terbang ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok. - Foto AFP

NEW DELHI –  Seorang suami ditahan perkhidmatan imigresen kerana 12 muka surat pasport miliknya digam untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Thailand daripada pengetahuan isterinya, lapor portal berita Deccan Herald semalam.

Menurut akhbar Times of India, penumpang yang bekerja sebagai pengendali perniagaan logistik dan dikenali sebagai Tushar Pawar, 33, itu  kemudian ditahan polis.

Pawar dilaporkan melakukan perbuatan sedemikian bagi mengelakkannya berbalah dengan isterinya kerana dia pergi ke Bangkok.

Dia yang tinggal di Sattara, ditahan di Lapangan Terbang Antarabanhgsa Mumbai sebelum menaiki penerbangan ke Thailand.

“Pawar hendak menaiki penerbangan  ke Thailand bersama pelanggannya ketika dia ditahan,” kata seorang pegawai polis. 

Pegawai polis itu berkata, dia berbuat demikian untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Bangkok dan Thailand pada 2023 dan tahun ini daripada pengetahuan isterinya. 

Pawar gagal memberikan penjelasan dan mengaku bahawa dia sebelum ini pergi ke Thailand bersama rakan-rakan sedangkan isterinya tidak mengetahui perkara itu, tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI