fbpx

‘Saya benar-benar terpaksa mencuri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P ditahan oleh polis Balikpapan Utara. – Tribun Kaltim

JAKARTA – Seorang pencuri yang melarikan beg tangan milik seorang penduduk di Balikpapan, wilayah Kalimantan Timur mengaku terpaksa mencuri untuk membayar perbelanjaan persekolahan anaknya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai P, 42, ditahan polis selepas mencuri beg tangan berisi dua telefon bimbit, dompet dan wang tunai berjumlah 5 juta rupiah (RM1,444).

Berdasarkan soal siasat, P berkata,  jenayah itu dilakukan secara spontan tanpa dirancang ketika dia terlihat beg tangan tergantung pada hendal sebuah motosikal.

Ujarnya, tindakan itu ‘terpaksa’  dilakukan kerana dia baru sahaja diberhentikan kerja pada 4 Julai lalu.

“Saya benar-benar terpaksa mencuri kerana tidak mempunyai pekerjaan lain untuk memenuhi keperluan perbelanjaan harian,” jelasnya.

Tambah suspek, dia menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan perbelanjaan persekolahan anak.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Balikpapan Utara, Inspektor Elfra Sitepu berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dibebaskan berkaitan kes dadah.

“Bagi kes pencurian ini, suspek berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun jika didapati bersalah,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI