fbpx

Lelaki mengaku polis minta RM90,000 daripada pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan lelaki yang mengaku diri mereka sebagai polis meminta wang daripada pelancong China di tepi jalan. – Facebook

BANGKOK –  Sebuah agensi pelancongan di Thailand mendakwa bahawa beberapa  anggota polis meminta wang sogokan sebanyak 700,000 baht (RM90,362) daripada kumpulan pelancong dari China yang dibawa, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Seorang wakil agensi tersebut berkongsi  rakaman video papan pemuka menunjukkan beberapa lelaki yang mendakwa diri mereka anggota polis, memberhentikan sebuah kenderaan dinaiki pelancong.

Kejadian berlaku pada pukul 7.29 malam (waktu tempatan), 10 Julai lalu.

Menurut jurucakap tersebut, kenderaan pelancong tersebut diarah berhenti kira-kira 200 meter dari plaza tol di Pattaya.

Saluran berita Channel 7 melaporkan, beberapa lelaki yang mengaku polis itu tiba di tempat kejadian dengan menaiki dua kenderaan iaitu Toyota Fortuner putih dan Ford Everest hitam. 

Mereka meminta untuk memeriksa pasport dan visa semua warga China itu.

Anggota-anggota tersebut kemudian merakam gambar setiap pelancong dan memeriksa lesen memandu pemandu kenderaan.

Mereka kemudian meminta wang  700,000 baht daripada kumpulan pelancong tersebut, membuatkan identiti individu-individu tersebut diragui.

Sementara itu, Superintendan Balai Polis Nong Prue, Thawee Kudtalaeng berkata, pelancong yang terlibat  tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Ujarnya, pihak polis tidak dapat mengambil tindakan sekiranya tiada laporan dibuat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI