DI layar perak Shah Rukh Khan (SRK) sentiasa dikelilingi aktres jelita, malah menjadi kegilaan peminat wanita seluruh dunia.
Dilengkapi wajah kacak dan populariti, sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dengan Raja Bollywood itu biarpun berstatus suami orang.
Namun, hakikatnya bapa kepada tiga anak itu seorang yang setia serta mencintai isterinya, Gauri dengan sepenuh hati.
SRK dikatakan sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meninggalkan dunia Bollywood yang melonjakkan namanya andai teman hidupnya itu mahu dia berbuat demikian.
Kisah itu diungkapkan dalam buku ditulis Anupama Chopra berjudul King of Bollywood: Shah Rukh Khan and the Seductive World of Indian Cinema.
Biarpun SRK enggan mengulas lanjut pendedahan dilakukan Anupam, perkara tersebut diakui ramai kenalan terdekat aktor berusia 58 tahun itu.