fbpx

Bayi melecur, badan terkena seterika wap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bayi perempuan berusia setahun empat bulan melecur di belakang badan selepas terkena seterika di kediaman mereka di Ara Damansara di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian berlaku apabila mangsa sedang bermain dengan sepupunya yang berusia setahun.

Katanya, sepupunya mengusik mangsa sehingga menangis dan ketika itu kakak sepupunya berusia 11 tahun sedang menggosok baju menggunakan seterika jenis wap air.

“Kakak sepupunya kemudian memujuk mangsa dengan memeluknya sambil memegang seterika kerana bimbang terjatuh.

“Adiknya datang dan seterika tersebut terkena pada bahagian belakang badan mangsa. Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan dalam keadaan baik,” katanya hari ini.

Jelasnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan lima penghuni rumah tersebut sudah dirakam percakapan mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI