fbpx

10 projek bernilai RM2.5 juta dilaksanakan di Kampung Baru Pasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham (kameja hitam) mengadakan Lawatan Kerja ke Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi sempena Program Kampung Angkat Madani Mindef, hari ini.

KOTA TINGGI – Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk perlaksanaan 10 buah projek bagi program kampung angkat Madani Kementerian Pertahanan (Mindef) di Kampung Baru Pasak di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, projek yang sedang dilaksanakan itu dijangka siap pada bulan Oktober ini.

Katanya, projek berkenaan melibatkan projek menaiktaraf jalan, menaiktaraf balairaya, menaiktaraf infrastruktur, pemasangan lampu jalan, membaik pulih gelanggang serbaguna dan membaik pulih lima buah rumah penduduk yang melibatkan kos sehingga RM17,000 sebuah.

Menurutnya, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan baru surau, membina dua unit pusat komuniti, program gotong-royong perdana Madani serta penganjuran pelbagai kursus dan latihan buat penduduk.

“Kebanyakan projek ini dijangka siap sepenuhnya hujung bulan 10 dan ada juga bulan 11 nanti la tapi kebanyakannya akan siap pada Oktober.

“Ini termasuklah perpindahan surau kampung ini yang akan ambil masa 18 minggu dengan cuaca yg baik insya-Allah kita akan dapat sempurnakannya.

“Kontraktor yang kita gunakan juga adalah daripada tempatan dari kawasan sini dan berdekatan kita tak ambil dari luar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Baru Pasak sempena Program Kampung Angkat Madani Mindef, hari ini.

Katanya, projek kampung angkat Madani terdapat di seluruh Malaysia dimana setiap kementerian ada kampung angkat masing-masing yang dipertanggungjawabkan untuk dibantu dari segi infrastruktur dan isu-isu yang perlu diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI