fbpx

Dua hari hilang, mayat Danial ditemukan terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Pahang di Pekan hari ini.

PEKAN – Mayat remaja lelaki yang terjatuh daripada bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing di sini kelmarin ditemukan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, ditemukan kira-kira 25 kilometer dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemukan pada pukul 11.44 pagi oleh penduduk kampung yang turut membantu mencari remaja itu.

“Muhammad Danial ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran Kampung Tanjung,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kelmarin Kosmo! Online melaporkan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai selepas bot yang dinaikinya terlanggar tunggul kayu di Sungai Pahang.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa turun ke sungai untuk menangkap ikan berhampiran Kampung Belimbing.

Susulan itu operasi mencari dan menyelamat mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maran diaktifkan melibatkan anggota bomba dan polis selain dibantu penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI