fbpx

Penembak Trump pernah dapat hadiah matematik lebih RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Crooks merupakan graduan Sekolah Tinggi Bethel Park pada 2022. - Radar Online

WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park, Pennsylvania sebagai penembak dalam cubaan membunuh bekas Presiden Amerikan Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin.

Saluran berita NDTV melaporkan, suspek ditembak mati oleh penembak tepat Perkhidmatan Rahsia (SS) selepas dia melepaskan tembakan ke arah pentas di mana Trump sedang berucap di Butler, Pennsylvania.

FBI berkata, pihaknya masih berusaha untuk mengenal pasti motif serangan itu, di mana seorang peserta perhimpunan maut dan dua penonton lain cedera parah. 

Trump terkena tembakan di telinga dalam kejadian itu.

Rekod pengundi negeri menunjukkan Crooks ialah seorang ahli Parti Republikan berdaftar. 

Pilihan raya Presiden AS pada 5 November ini  akan menjadi kali pertama Crooks sudah cukup umur untuk membuang undi.

Crooks tinggal dalam jarak pemanduan kira-kira sejam dari tempat serangan  berlaku di Butler.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata semalam bahawa pihaknya telah  menutup ruang udara di sekitar Bethel atas ‘sebab keselamatan khas.’

Ketika Crooks berumur 17 tahun, dia pernah menghulurkan derma AS$15 (RM70) kepada ActBlue.

ActBlue merupakan  sebuah jawatankuasa tindakan politik yang mengumpulkan dana untuk ahli-ahli politik berhaluan kiri dan Parti Demokrat, demikian menurut pemfailan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan 2021.

Dalam pada itu, bapa suspek iaitu  Matthew Crooks, 53, memberitahu saluran berita CNN bahawa dia cuba memikirkan apa yang berlaku dan akan menunggu untuk bercakap dengan penguatkuasa undang-undang sebelum membuat pendedahan mengenai anaknya.

Thomas Crooks merupakan graduan Sekolah Tinggi Bethel Park pada  2022, demikian menurut akhbar Pittsburgh Tribune-Review.

Dia pernah menerima ganjaran AS$500 (RM2,337) dalam ‘anugerah bintang’ daripada Inisiatif Matematik dan Sains Kebangsaan, lapor akhbar sama kerana kecemerlangannya dalam bidang tersebut.

Video majlis graduasi 2022 yang dipetik akhbar New York Times menunjukkan Crooks menerima diploma sekolah tingginya dengan tepukan gemuruh. Agensi berita Reuters belum  dapat mengesahkan kesahihan klip  video tersebut. 

Pegawai penguatkuasa undang-undang berkata kelmarin bahawa Crooks tidak membawa pengenalan diri ke lokasi tembakan dan identitinya perlu dikenal pasti menggunakan kaedah lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI