fbpx

Durian percuma buat wanita bujang dan ‘lone ranger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Naqiuddin (kiri) dan dua sahabatnya, Zamadi (tengah) menawarkan durian percuma untuk wanita bujang di gerai mereka di Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tiga sahabat yang menjual durian memilih kelainan untuk menarik perhatian pelanggan apabila menawarkan raja buah itu secara percuma kepada golongan bujang.

Salah seorang daripada mereka, Ahmad Naqiuddin Ramli, 26, berkata, idea promosi itu timbul secara spontan bagi menghargai golongan tersebut khususnya wanita.

“Sebelum ini ramai peniaga termasuk penjual durian menyasarkan golongan ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk diraikan.

“Jarang atau belum pernah golongan single (bujang) diberi perhatian sehingga mereka rasa tersisih,” katanya ketika ditemui gerai duriannya di Seberang Takir di sini hari ini.

Ahmad Naqiuddin menjelaskan secara kebetulan dia dan dua rakan perniagaannya iaitu Muhammad Faqrullah Mat Daud, 29, dan Zamadi Jaafar, 31, masih lagi bujang.

Jelasnya, kriteria orang bujang yang layak makan durian percuma ialah wanita dan mengunjungi gerai mereka secara bersendirian.

“Setakat dua minggu gerai durian kami beroperasi, seramai 10 wanita bujang telah berjaya menikmati durian secara percuma.

“Pelbagai momen lucu berlaku sepanjang tempoh itu apabila segelintir pelanggan lelaki dan sudah berkahwin mencuba nasib untuk turut makan durian secara percuma,” katanya.

Ahmad Naqiuddin berkata, gelagat pelanggan tersebut amat menghiburkan dia dan dua sahabatnya yang bekerja keras menjual durian dari siang ke malam setiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI