fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen pembangkang ikat reben di lengan putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen PN mengenakan lilitan reben putih di lengan kiri pada persidangan Dewan Rakyat sebagai tanda protes

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengenakan lilitan reben putih di lengan kiri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ia sebagai tanda protes terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berpantun mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang tersebut semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

“Reben putih di lengan kiri, sebagai protes berlakunya ‘reformati’, soalan Masjid Tanah telah diberi, mohon jawapan yang berhormat menteri,” katanya.

Johari sebelum ini menetapkan enam kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri adalah kekal dan tidak perlu dikosongkan.

Antara Ahli Parlimen terlibat ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Turut terlibat Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Mohd. Aziz Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI