fbpx

Ilhoon BTOB ditahan kes ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILHOON

BARU-BARU ini, wakil pengurusan Cube Entertainment tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan berhubung kes penggunaan dadah melibatkan penyanyi rap, Ilhoon BTOB.

Agensi pengurusan tersebut mengakui artis lelaki berumur 26 tahun itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kini sedang ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Ilhoon atau nama sebenarnya Jung Il-hoon diketahui bersalah menggunakan dadah jenis ganja dan telah dipanggil pihak polis.

“Mengenai berita yang tersebar, perkara itu adalah benar. Sekali lagi kami meminta maaf kerana telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminat,” tulis kenyataan tersebut.

Pihak pengurusan turut menjelaskan, Ilhoon akan bertanggungjawab terhadap semua perbuatannya dan sedia memberi kerjasama sehingga siasatan selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI