fbpx

Kalau betul saya ada ‘sugar daddy’, kemukakan bukti – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies menjawab tuduhan ramai berkenaan kehidupan mewahnya ditaja individu berstatus 'sugar daddy.

 

PETALING JAYA – Dituduh segelintir pihak hidupnya mewah atas ‘ihsan’ atau ditaja ‘sugar daddy’, pelakon sensasi Ruhainies mencabar mereka yang mendakwanya sedemikian rupa agar mengemukakan bukti sahih.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, dia bekerja keras menggunakan wang hasil titik peluh sendiri untuk berada pada tahap kewangan yang stabil sekarang.

“Saya cuma nak hidup bahagia. Orang boleh cakap apa yang mereka mahu tapi saya bayar bil saya sendiri.

“Sosial media boleh tipu sini, sana. Saya ada ‘sugar daddy’, ada video tak senonoh, voice recording tak senonoh apa semua.

“Persoalannya, mana bukti? Kenapa tak keluarkan kalau ada. Benda yang lain-lain boleh pula keluarkan tentang saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Berlapang dada dengan segala tohmahan dan cercaan tidak berasas daripada mulut netizen, pelakon drama rantaian, Hello, Mr. Perfect! itu percaya, suatu hari nanti kebenaran akan terungkai dengan sendirinya.

“Buat masa sekarang, saya akur apa sahaja keluar dari mulut saya, memang orang takkan percaya.

“Mereka percaya apa yang mereka nak percaya dan saya tak salahkan khalayak pun.

“Saya pun tak nak keluar kenyataan yang bukan-bukan sebab saya tak nak suap netizen yang benda-benda yang negatif. Zaman sekarang zaman fitnah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, HibGlam menerusi ruangan pojok Diva melaporkan tentang kemewahan hidup Ruhainies yang dilihat sentiasa membeli-belah barangan berjenama menerusi apa yang dipaparkan dalam media sosialnya.

Bukan sahaja itu, Ruhainies juga memiliki hartanah di kawasan kondominium elit, Pavillion Suites, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, timbul suara sumbang mengatakan kehidupan mewahnya ditaja individu kaya berstatus ‘sugar daddy’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI