fbpx

Kita heret mereka ke muka pengadilan – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin ketika berucap pada program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membawa kes berhubung kerusi enam bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke mahkamah.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu tidak sesekali mengalah walaupun kecewa dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San.

“Kita akan mengheret mereka (Ahli Parlimen dan ADUN Bersatu itu) ke muka pengadilan untuk diputuskan oleh mahkamah.

“Saya percaya mahkamah akan membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang,” katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Lawan Hipokrasi di Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu, semakan di peringkat mahkamah dibuat bagi memastikan kerusi dikosongkan dan mandat rakyat dipulangkan semula menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK).-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI