fbpx

‘Bapa lindungi tubuh saya daripada peluru sasar Trump’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Comperatore bersama anak perempuannya, Allyson. – AGENSI

WASHINGTON – Penonton yang maut dalam insiden tembakan menyasarkan bekas presiden Donald Trump dikenal pasti sebagai Corey Comperatore yang merupakan seorang anggota bomba berusia 50 tahun dan bapa kepada dua orang anak.

Dia terbunuh semasa melindungi keluarganya daripada terkena tembakan.

Comperatore ‘meninggal dunia sebagai adiwira sebenar,’  kata salah seorang anak perempuannya, Allyson dalam catatan Facebook selepas cubaan membunuh Trump pada perhimpunan kempen Parti Republikan di Pennsylvania kelmarin.

“Dia merebahkan ibu saya dan saya ke tanah. Bapa melindungi badan saya daripada peluru yang mengenai  kami,” tambahnya.

Dia menyifatkan bapanya sebagai ‘ayah terbaik’ selain  seseorang yang sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan  cepat ‘berkawan dengan sesiapa sahaja.’

Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro menyifatkan Comperatore sebagai wira dan berkata,  bendera negeri  dikibarkan separuh tiang untuk memberikan penghormatan kepada mendiang.

“Kami kehilangan sahabat Pennsylvania malam tadi (kelmarin),” kata Shapiro kepada pemberita.

Dia berkata, Comperatore adalah seorang anggota bomba yang kerap pergi ke gereja yang ‘menyayangi komuniti terutama keluarganya.’

“Mendiang adalah penyokong setia bekas presiden (Trump), tambah Shapiro dan sangat teruja untuk berada pada perhimpunan tersebut.

Mangsa lain yang cedera dikenal pasti sebagai David Dutch, 57, dan James Copenhaver, 74, demikian menurut Polis Negeri Pennsylvania semalam.

Kedua-dua mereka juga dari Pennsylvania  dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Penembak  dikenal pasti sebagai seorang pemuda tempatan berumur 20 tahun, Thomas Matthew Crooks. Dia tembak mati oleh penembak tepat Perkhidmatan Rahsia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI