fbpx

Sukma 2024: Jangan guna alasan kurang bajet untuk tak hantar atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (lima dari kanan) bergambar bersama bekas atlet-atlet Taiping semasa menghadiri Majlis Makan Malam di Hotel Grand Baron malam semalam. - Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Ketiadaan atau kekurangan bajet negeri tidak boleh dijadikan alasan untuk negeri tidak menghantar atlet mereka ke Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada Ogos nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah meminta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memperuntukan bantuan kewangan mencukupi bagi membantu atlet di negeri masing-masing.

“Saya kira bukannya banyak peruntukan yang diperlukan untuk menghantar kontinjen mereka ke Sarawak.

“Jadi ini adalah perbelanjaan yang wajar oleh negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Menteri Belia Dan Sukan bawah anjuran Orang Besar Jajahan Larut Matang Selama (LMS) Bersama Bekas Atlet-Atlet Taiping di Hotel Grand Baron Taiping semalam.

Menurut Hannah, beliau melihat tidak ada sebab yang kukuh mengapa negeri masing-masing tidak mempunyai dana untuk menghantar atlet mereka ke Sarawak.

“Ini bukan alasan kukuh yang boleh diberikan kerana Sukma ini bukan kita bagi satu bulan notis, mereka sudah tahu dari tahun lepas.

“Kita sudah usahakan di mana untuk acara berjalan, ia mesti ada enam negeri yang mengambil bahagian jadi senarai itu ada diumumkan dalam mesyuarat Sukma terdahulu dan boleh buat rujukan kepada kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara,” katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan kerana banyak kategori sukan yang melibatkan wanita dikeluarkan kerana negeri tidak cukup bajet.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI